BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jul 19, 2011

A Memorable Weekend Part 1

Assalamualaikum semua. J

Post kali ni aku nak cerita pasal my great weekend iaitu dari 15hb July sampai 17 July.
Ya Allah, dah setahun lebih rasanya aku tak jumpa dengan dorg. Rinduuu sangat sangat sangat kat UTP dan segala isinya, haha. Btw, UTP stands for Universiti Teknologi Petroleum dah sekarang. Dah tak ada nama Petronas. And I have no idea about why nama itu ditukar. Tp, yang pastinya banyak la consequence lain yang timbul nanti. Sebagai cnth,
*kad metric
*papan tanda jalan
*lagu universiti
And so on yang berkaitan iaitu yang tertera nama ‘Universiti Teknologi Petronas’.

Okeylah, sekarang aku nak cerita perjalanan aku pada hari pertama. Aku dah beli tiket untuk ke ipoh pada pukul 1.30 petang. Mama ku yang tersayaaanggg telah menghantarku ke Shahab Perdana. Then perjalanan aku ke sana mengambil masa selama 4 jam. So, aku sampai sana dalam 5.30 macam tu la. Alhamdulillah.. dah lama rasanya tak jejak Medan Gopeng tu. Asyik jejak Hentian Kajang jep. Hehe. Tp, aku still kena tunggu kawan2 aku yang lain sampai.

Lebih kurang 15 minit macam tu, kawan2 aku, Idah dan Atie  dari Kelantan sampai. Rindunye dan rasa bersyukur dapat jumpa dorang. Tp, penantian aku bukan setakat itu saja, aku kena tunggu lagi sorg kawan aku dari KL, Tyka.  Oleh disebabkan, Tyka macam agak lambat sikit, dan oleh sebab drebar kami pun dah sampai, upss bukan drebar la. Rakan2 yang baik hati, Teha ngan Ain. Mujur la ada dorg, kalau tak, tak sampaila kami ke UTP terchentaa tu. So, sementara nak tunggu Tyka sampai, kami pegi la singgah makan dulu dekat sekitar2 tu. Dan tak lama lepas tu baru Tyka join kami. Such a great moments to gather together again. J




                                                             Dari kiri: Tuan, Tyka, Atie, Idah




                                                                                                     Ain dan Teha



Okey, lepas Maghrib kitorang terus gerak menuju ke UTP. Teha ngan Ain cakap Pak Guard UTP dah semakin strict. Fuhh, takut jugak nak seludup masuk UTP ni. Nak duk selama 3 hari pulak tu. Tp, Teha ngan Ain ni bijak orangnye. Dorang awal2 dah pegi pinjam kad metric orang lain so that Pak Guard tu akan kasi kitorang masuk. Thanks weh! Sayang korang dua J And then, dalam pukul 9 macam tu, tibalah kami di pintu gerbang UTP. Wahhh, berdebar nye nak masuk UTP balik. Rinduu sangat. :’)

Yeahh, sampai jugak akhirnya! Sampai2 je, aku dan Idah terus pegi check in dekat bilik Teha ngan Ain. Atie ngan Tyka pulak check in kat bilik Tuan. Amboii, macam hotel pulak check in check in nih. Haha. Lepas tu, aku ngan Idah pon berehat rehat dan membersihkan diri masing2. Atie ngan Tyka taktau la dorg buat apa. Lepas siap2, aku ngan Idah keluar gi jumpa atau lebih tepat lagi, gi kacau Amin ngan Atie dating. Ya Allah amin... dah makin gemuk oh. Pastu aku jumpa ngan Coco and Tuan pulak. Dorg semua dah makin ‘sihat’ belaka. Haih, dok kat UTP makan banyak ka? Haha, and then malam tu aku enjoy tengok midnight muvi aka KL gangster ngan bebudak coursemate lama aku. Muvi yang berdurasi 1 jam 15 minit itu telah menceriakan malam aku. Malam tu aku tidur bermimpikan UTP yang ku rindui....

                      Dari kiri: Tuan, Atie(tak nampak, hehe), Idah, Coco, Amin

Akan bersambung.....

0 komen: