BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aug 23, 2011

Jom tadabbur ayat cinta ^.^

Surah Al-Mu'minun ayat 1-11

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1-Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman.

2-(Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.

3-Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia.


4-Dan orang yang menunaikan zakat.


5-Dan orang yang menjaga kemaluannya.


6-Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.


7-Sesiapa yang mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas.


8-Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya.


9-Dan orang yang memelihara solatnya.


10-Mereka itulah yang akan mewarisi.


11-Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Jul 24, 2011

ChatBox

hi. how are you?
Setakat ni dah dekat lima kali atau lebih aku dapat msj kat chatbox macam ni..hari ni saja dah dekat tiga kali kot..tiba2 je pop up chat betul2 lepas aku sign in fb..scary betul..nasib baik la dah ramai org yang post pasal jangan layang benda ni sebab virus..fuhh..kalau tak..habis la laptop ni kena virus..

So moralnye: jangan la layan chat kat fb tu kalau ayat first diorang adalah 'hi. how are you?'.
 

A Memorable Weekend Part 4 ( It's love)

Okey, the nest day which is 17 July pagi tu aku ngan Idah spend masa ngan budak2 mechy ni. Kitorang bekpes same2 kul 10 pagi camtu la kat kafe V2. Lamenyee la tak jejak kafe V2 ni. Rindu la nak beli aiskrim KitKat kat situ. Haha, dulu selalu la aku membazir duit beli aiskrim memahal macam tu. Nak buat macam mane kan...dah feveret aku aiskrim..hehe
Lepas habis makan kami pon bercadang untuk bergambar kenang-kenangan bersama. Dan lokasi pilihan kami adalah di kawasan Academic Buildings dekat2 dengan CH tu. Best ber'photo shoot' kat sini sebab tyme2 cuti macam ni orang tak ramai kat situ. I mean memang la tak ramai kan, sebab sape la yang rajin nak pegi Academic Building kalau takde hal pape. Tyme2 cuti pulak tu. So, memang kosong la kawasan tu sesuai la bagi kami wanita2 mechy ni untuk bergambar. On air pon bolehh. Hehe. Oppss, gambar takleh upload banyak2 sangat bak kata Idah, ' Sebabnye semua cute sangat dalam gambar tu!'

Love You All Always

Jul 22, 2011

A Memorable Weekend Part 3

Selepas usai solat, dalam kul 4 macam tu kitorang pun gerak keluar dari UTP semula. Destinasi seterusnya ialah... Teluk Batik! Tau tak dekat Perak ni banyak betul tempat yang nama’teluk’. Dan salah satunya adalah Teluk Batik. Teluk Batik ni merupakan kawasan beriadah serta bermandi manda bersama family dan kawan2. Huhu. Tapi malangnya, kitorang tak bawak baju lebih pon untuk bermandi manda. Hehe. So, kat situ kitorang just main2 pasir dan melihat keindahan alam ciptaan tuhan je la.


Laut ^.^


KAMI




'Inginku bina istana bahagia'


Tuan sorang yang tengok camera, haha


Haha, dah nak masuk Maghrib kitorang pon bergerak pulang. Oopps, bukan bergerak pulang, bergerak ke next destination. Makan makan destination. Tempat ni spesel kat Perak. Semua mesti tahu. Haha, nama tempat ni ialah ‘Shabu-shabu’. Bikin panas la nama tempat dia tuh. Haha, tapi jangan risau nama tempat tu tak ada kaitan dengan makanan yang ada di dalamnya. Biar gambar men’describe’ makanan yang ada kat sana eh.
Jom makannnnnnnn

Lapoooo



Bila buleh makan ni?

Alalala dua orang ni...

Tengah masak....

Ketam yang belum dimasak lagi..
Selepas ber'shabu-shabu' kitorang terus la balik UTP, penat sungguh seharian ber'hang out' kat luar. Balik tu kitorang terus tidur(agaknye la?) And the next day is time to hang out with the mechians gurl ! J

Jul 19, 2011

A Memorable Weekend Part 2

Next is the second day which is on 16th July.


Aku bangun awal ohh hari ni. Actually tak la awal sangat. Dalam pukul 8 lebih cam tu la. Hehe. Selepas bermimpikan UTP yang ku rindui, aku bergegas bangun untuk menghabiskan masa bersama kawan2 ku yang sudah lama tidak ku jumpa. Pagi tu lepas siap2 aku terus pegi jenguk bilik Tuan. Laa, dorg tak siap lagi rupenye. So, dengan kesempatan yang ada, aku meneruskan mimpiku yang indah di bilik Tuan pulak. Haha, agak dalam dekat2 pukul 11 tu, baru kitorang keluar dari pintu gerbang UTP. Nak pegi jalan2 menghabiskan masa bersama lah kan. Hehe, first tempat yang kami tuju adalah Restoran Pizza Hut Batu Gajah, Perak. (Lapoo kot). Pagi td tak bekpes, so kami perlulah mengisi perut sekejap.



Sempat lagi berposing sementara tunggu order pizza sampai.

Selepas habis makan, kami pon menuju ke tempat bersejarah di Perak iaitu Kellie's Castle. Kalau nak tahu apa sebenarnye latar belakang atau sejarah tempat ni, korang bolehla pegi tanya dekat Mr. Google yep. Kat sini, kitorang menghabiskan masa berharga kitorang dengan ber'photo' shoot aje.
Sahabat berlima
suka gambar ni, tp Amin takde. haha

>
hehe


                                                     atie, idah, tuan, tyka


coco, marwan, amin
Sesudah beberapa jam dok melepak kat istana lama ni, kami pon balik ke UTP semula untuk solat Zohor di Masjid UTP yang tersergam indah itu.

Akan bersambung....

A Memorable Weekend Part 1

Assalamualaikum semua. J

Post kali ni aku nak cerita pasal my great weekend iaitu dari 15hb July sampai 17 July.
Ya Allah, dah setahun lebih rasanya aku tak jumpa dengan dorg. Rinduuu sangat sangat sangat kat UTP dan segala isinya, haha. Btw, UTP stands for Universiti Teknologi Petroleum dah sekarang. Dah tak ada nama Petronas. And I have no idea about why nama itu ditukar. Tp, yang pastinya banyak la consequence lain yang timbul nanti. Sebagai cnth,
*kad metric
*papan tanda jalan
*lagu universiti
And so on yang berkaitan iaitu yang tertera nama ‘Universiti Teknologi Petronas’.

Okeylah, sekarang aku nak cerita perjalanan aku pada hari pertama. Aku dah beli tiket untuk ke ipoh pada pukul 1.30 petang. Mama ku yang tersayaaanggg telah menghantarku ke Shahab Perdana. Then perjalanan aku ke sana mengambil masa selama 4 jam. So, aku sampai sana dalam 5.30 macam tu la. Alhamdulillah.. dah lama rasanya tak jejak Medan Gopeng tu. Asyik jejak Hentian Kajang jep. Hehe. Tp, aku still kena tunggu kawan2 aku yang lain sampai.

Lebih kurang 15 minit macam tu, kawan2 aku, Idah dan Atie  dari Kelantan sampai. Rindunye dan rasa bersyukur dapat jumpa dorang. Tp, penantian aku bukan setakat itu saja, aku kena tunggu lagi sorg kawan aku dari KL, Tyka.  Oleh disebabkan, Tyka macam agak lambat sikit, dan oleh sebab drebar kami pun dah sampai, upss bukan drebar la. Rakan2 yang baik hati, Teha ngan Ain. Mujur la ada dorg, kalau tak, tak sampaila kami ke UTP terchentaa tu. So, sementara nak tunggu Tyka sampai, kami pegi la singgah makan dulu dekat sekitar2 tu. Dan tak lama lepas tu baru Tyka join kami. Such a great moments to gather together again. J




                                                             Dari kiri: Tuan, Tyka, Atie, Idah




                                                                                                     Ain dan Teha



Okey, lepas Maghrib kitorang terus gerak menuju ke UTP. Teha ngan Ain cakap Pak Guard UTP dah semakin strict. Fuhh, takut jugak nak seludup masuk UTP ni. Nak duk selama 3 hari pulak tu. Tp, Teha ngan Ain ni bijak orangnye. Dorang awal2 dah pegi pinjam kad metric orang lain so that Pak Guard tu akan kasi kitorang masuk. Thanks weh! Sayang korang dua J And then, dalam pukul 9 macam tu, tibalah kami di pintu gerbang UTP. Wahhh, berdebar nye nak masuk UTP balik. Rinduu sangat. :’)

Yeahh, sampai jugak akhirnya! Sampai2 je, aku dan Idah terus pegi check in dekat bilik Teha ngan Ain. Atie ngan Tyka pulak check in kat bilik Tuan. Amboii, macam hotel pulak check in check in nih. Haha. Lepas tu, aku ngan Idah pon berehat rehat dan membersihkan diri masing2. Atie ngan Tyka taktau la dorg buat apa. Lepas siap2, aku ngan Idah keluar gi jumpa atau lebih tepat lagi, gi kacau Amin ngan Atie dating. Ya Allah amin... dah makin gemuk oh. Pastu aku jumpa ngan Coco and Tuan pulak. Dorg semua dah makin ‘sihat’ belaka. Haih, dok kat UTP makan banyak ka? Haha, and then malam tu aku enjoy tengok midnight muvi aka KL gangster ngan bebudak coursemate lama aku. Muvi yang berdurasi 1 jam 15 minit itu telah menceriakan malam aku. Malam tu aku tidur bermimpikan UTP yang ku rindui....

                      Dari kiri: Tuan, Atie(tak nampak, hehe), Idah, Coco, Amin

Akan bersambung.....

Jun 9, 2011

finale battle (^.^)

assalamualaikum, salam sejahtera.

saya sudah habis foundation. zaman kanak2 saya sudah habis. bermulalah zaman pembaikpulihan baru untuk menjadi seorang yang lebih matang. lebih matang? dari sudut apakah yang membolehkan seseorang mengatakan yang seseorang yang lain adalah seorang yang matang? m a t a n g. saya rasa saya tak boleh nak jadi matang. kenapa pulak saya bercakap begitu? kenapa saya bercakap yang saya tidak boleh menjadi 'sesuatu' yang saya sendiri tidak tahu apakah erti sebenar 'sesuatu' itu.
semua orang ada definisi yang tersendiri tentang sesuatu ini. setelah bergoogle dengan mr google, saya dapat tahu yang..eh, kejap.


=.='

asal lah aku merapu ni. haha, aku just nak cakap yang......yeay! final foundation dah habissss! aku sudah tak bergelar budak foundation lagi. nanti bulan september InsyaAllah bertukar nama jadi budak degree pulak. aku nak amik mechanical engineering. aku harap dapat lah course tu. ada sape2 yang amik mechy jugak? mari kita study sama2 bulan september ni. hope result final cgpa memberangsangkan n hopefully MARA pilih aku lagi. hehe

tapi macam ada satu la yang kurang tentang final exam last foundation ni. haa! tak keluar dengan kengkawan lagi. :D kawan kawan, jom, mari kita bergumbira. lama tak g main boling. ataupon jom main air terjun. hehe, ape2 je la,. asalkan dengan korang.

sekian

salam sayang.
syakinah



May 18, 2011

Sister

God sent us to be sisters
So we can be best of friends
To be there for one another
Even when there is pain
I thank the Lord for sending my sister to me
For whom I truly love and care
We shared so many things together
Like laughter and some scares
It’s funny how we sometimes argue
I guess its normal, in this world
But, having you as my sister
Means more to me, more than you'll ever know

It's been two years
But, it still feels like yesterday
That I lost you forever

I miss you 
Sister

AlFatihah buat arwah kaklong, Nurul Nasihah bt Samion yang telah kembali ke rahmatullah pada 2009.



May 5, 2011

9 weeks = 2 month+ = 63 days

Best sangat minggu lepas sebab bole balik rumah. Rasa macam rumah dah semakin comel  :) . Almost nine weeks terperap kat uniten ni. Bila dapat lari dari uniten, rasa lega sangat. Sebabnye rinduu kat family  :'). Bila balik rumah rasa bahagia je sebab dikelilingi oleh orang yang sangat menyayangi kita. I feel like going home every week :(    kan best kalau rumah dekat, bole balik selaloo. Rumah pun dah jadi lain sikit sebab dah tak balik lame sangat. Dah ada sofa baru, tv baruuu, airconn dah install dalam bilik. wuuuu BEST! haha. Yang bestnye lagi, setiap petang(mostly la) mesti mama akan masak mi sup or kuetiew sup. Macam makan kat kedai kot. I miss my family and home very badly. Walaupun baru je balik ke uniten. Maybe sebab bila kat rumah, kita sememangnya sure semua sayang kita walaupun diorang tak tunjuk sangat. Kakngah sayang abah, mama, fideh, ipin n abi. <3


Kalau kat uniten ni, aku ada kawan2 yang superb baik! aku sayang korang sebenarnye, cume aku tak luahkan je. cewaahhh, jiwang gila. Tapi seyesly, i meant it. Aku harap kita akan jadi kawan sampai bila2. Bukan sampai grad je, sampai anak2 kita pun jadi kawan baik macam kita. Sweet kot! Tak sabar nak tengok it happen in front of my eyes. And satu benda yang aku rasa penting untuk kita pegang adalah 'kalau kawan mane bole ade rahsia'. exceptla kalau benda tu adalah something yang sangat2 private. It is okey then.

Dan baru2 ni aku terdengar lagu yang amy pasang beberapa hari yang lepas ni, memori ohh.

Lagu : Rindu Serindu-rindunya by Spoon

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin ku lupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara menebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku tertulis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
Rindu... rindu serindu-rindunya
Namun engkau tak mengerti
Pilu... pilu sepilu-pilunya...
Namun engkau tak peduli
Malu.. semalu-malunya
Namun apa daya
Orang tak sudi
Mahu.. semahu-mahunya
Namun apa daya
Orang dah benci
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu

Apr 3, 2011

hate it , exhausted .

Subjek : MTAF 101 


Masa : every thurdays from 4.00 pm - 6.00 pm

Description : one credit hour subject and the theme is the green-milo shirt yang dapat time orientation week .

actually , aku okey je ngan subjek ni sbb dia agak best la jugak . dia mengajar kita cara untuk sihat dan menerapkan sifat disiplin dalam diri setiap pelajar . but , the worst thing telah berlaku minggu lepas (maybe lepas ni ada lagi yang worst??? ) that is kena DENDA and bertambah worstt lagi , bila kita kena denda disebabkan oleh 'SOMETHING' yang kita TAK BUAT, in other meaning ialah bukan salah kita LANGSUNG . yes , langsung . sakit hati tak ? dah la masa terbuang begitu saje . sakit dapat . malu dapat . sabar je lah memang betul sangatlah kata-kata Tuan Zubir ,
"kalau tak boleh nak menyenangkan orang, janganlah pulak menyusahkan orang lain"

kalau kau rasa kau tak boleh nak mengaku kesalahan kau tu , jangan la kau buat . pengecut oh , siyesly . belajarla untuk mengaku kesalahan walaupun sakit . bercakaplah benar walaupun pahit .
WaAllahua'lam.

Feb 24, 2011

Kawan.Friends.



Making a friend takes a moment ,





being a friend takes 





lifetime . :)




with love , 
syakinah.

p/s : friends forever ya  :)

Feb 9, 2011

Yeayy !

Alhamdulillah
::
Yeayy ! habes jugak final exam trimester 2 ni .Harap2 result nanti , okeylah hendaknya . hehe . Berserah la kat Allah . Moga2 dikurniakan result yg baik . Amin...
::
Okey . Lepas exam nak buat ape eh ??? haaa , kita ENJOY ! hihi

Perancangan aktiviti

1) Sleepover dan layan movie :D


2) Jalan jalan Cari pasal


3) Makan Sedapp sedapp


4) Shoppingg cuci mata


5) Tidur aka hibernasi puas puass


6) Bloggingg


7) Study ???

ape2 pun , meh kita layann vid ni . Mamat yg buat vid ni memang terbaikk lahh . hehe



HAHAHA ~

Feb 3, 2011

M.I.S.S.Y.O.U.G.U.Y.S




[ Kimia by Melda Ahmad ]
::
Lagu ni , dah lame sebenarnya aku tawu . Just , baru hari ni terserempak dengan lagu ni . Lagu ni mengingatkan aku kat kawan kawan aku kat UTP dulu ( macam lama sangat je , haha ) . Aku rindu weh kat korang . :'( Bile lah boleh jumpa balek . Bile la boleh gather sama sama lagi . Tengok bintang bintang dalam kegelapan malam . Lepak lepak kat tasik . Makan KFC sama sama . Jalan jalan kat tasik sama sama . Ber'drama' sama sama . Lepak kafe sama sama . Seyes rindu kot . Takpela , aku yakin satu masa nanti , kita akan dapat gather sama sama gak . Just wait for the right time :)
::
Miss u guys :
:: Tuan 
:: Idah
:: Atie
:: Tyka 
:: Anyss
:: Redha
:: Amin
:: Coco


Feb 2, 2011

A B C 1 2 3 ت ب ا

A is for Allah :)


::

Korang ingat lagi tak first tyme kita semua masuk tadika , apa yang kita belajar ? Kalau tak masuk tadika pun , cuba kita kenang kenangkan balek apa yg kita belajar first first dulu masa standard 1 ? kalau aku , first thing yang aku belajar adalah belajar berkawan :) memangla kan . kat mana2 tempat baru pun , benda ni adalah satu keperluan , kemestian . As semua org already tawu , manusia ni tak boleh hidup sorang2 . tak boleh .  memang tu fitrah yang telah ditetapkan oleh MahaPencipta terhadap makhluk ciptaanNya :)

::

Actually , itu bukan main topic aku yg aku cuba nk sampaikan . Saja la nak letak muQaddimah sikit , pembukabicara , penyedaprasa . Tyme masuk tadika dulu , aku belajar huruf huruf A , B , C , tak lupa jugak alif ba ta . Aku pon belajar nombor , 1 , 2 , 3 . Banyaknyaa aku dah belajar :) suka suka . Rasa macam dah tawu semua benda . Thankss cikgu . walaupun aku dah tak berapa ingat cikgu cikgu tadika aku dulu , tp jasa dorang , ya Allah , amatlah besar . betapa mulianya tugas sorg guru :') disebabkan ajaran dorang ni lah , aku dapat menaip dan menulis blog ni :)

::

Ilmu , ilmu , ilmu dan ilmu . Ilmu Allah ni sangat lahhh banyak . walaupun tyme tadika tu kita dah rasa macam pandai sangat dah sebab boleh membaca and etc , tapi tu hanyalah beberapa percent sahaja daripada ilmu Allah kat muka bumi ni . maybe dalam 0.0000000000001 % ? WaAllahua'lam . hanya Allah yang MahaMengetahui . So , pointnya kat sini , ilmu tu takde batasan . cthnya : belajar memandu , belajar berniaga , belajar menyapu sampah , belajar melipat kain , belajar membakar roti dengan toaster , belajar tanak nasi , belajar ilmu agama , belajar ilmu pelajaran , belajar mengurus duit , belajar menahan marah , belajar memberi sedekah dan a lot more untuk di statekan di sini . Ilmu Allah terlalu luas . semua ilmu ni , membuatkan kita sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang banyak kekurangan dan Allah bersifat dengan sifat Al-Hakim iaitu MahaBijaksana . Ilmu ilmu ni adalah kepunyaanNya . kepunyaan yang MahaMengetahui . SubhanAllah .

::

A is for Allah :)



Feb 1, 2011

SalamPerkenalan.

Hai hai hai semua ,
::
hai butterfly hai rama rama ,
::
hai dragonfly hai pepatung , 
::
hai kelabu hai biru ,
::
hai polkadot hey polkadots ,
::
SelamatBerkenalan dengan SukaDukaMemoriTercipta


:)